Saturday, October 16, 2010

Konvensyen ICC Kebangsaan 2010

Pada 7- 9 Oktober 2010 berlangsung Konvensyen ICC Kebangsaan 2010 di Genting International Convention Centre (GICC) di Genting Highland.

Tahun ini team kami yg mewakili UiTM Perak telah memenangi anugerah Emas buat kali pertama di peringkat kebangsaan(Kategori Perkhidmatan Awam).Syukur Alhamdulillah.Jika tahun lalu mendapat anugerah perak tp tahun ini hasil kerja keras semua ahli yg terlibat dan rakan-rakan IT yg lain samada secara langsung atau pun tidak, kami sangat2 bersyukur dengan kemenangan ini.Insyaallah dimasa akan datang pula target kami adalah ingin menjadi antara 10 kumpulan terbaik.Kalau tak silap aku ,juara keseluruhan dimenangi team Super Sealing dari Samsung SDI.









Tuesday, October 5, 2010

lagi beberapa hari je aku bersama team KIK akan ke Genting Highlands untuk bertanding dalam peringkat kebangsaan MPC 2010.Kalau tahun lepas diadakan di KLCC...mmg aku suka coz lepas je present terus je soping-sopingan huhuhu.Tp tahun ni bila di buat di Genting Kota Keriangan gitu...rasa mcm kurang best plak bila anak2 tidak bersama...apa pun good luck utk semua.



gambar baju coklat muda tu waktu bertanding peringkat Negeri Perak(SUK) pada bulan Julai 2010 lalu dan gambar baju putih tu pulak adalah peringkat Kebangsaan 2009 di KLCC.





jamuan raya opis

24 september haritu wat jamuan raya kat department IT.Apa yg berbeza tahun ni....kami wat jamuan dengan sederhana sekali tak macam tahun2 lepas.




yang ni pulak gambar2 sambutan raya di UiTM Perak yang berlangsung pagi tadi




Tuesday, August 31, 2010

Salam Merdeka


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53 buat semua rakyat Malaysia.

Friday, July 16, 2010

ICC WILAYAH UTARA 2010

TAHNIAH kepada semua yg terlibat.Sekali lagi team kami memenangi ANUGERAH EMAS dlm ICC Wilayah Utara 2010 yg berlangsung di Bayview Beach Resort Penang.Insyaallah ke peringkat kebangsaan pula selepas ini. Dan jangan lupa hujung bulan ini akan bertanding pula di SUK Ipoh bagi kategori perkhidmatan Awam .




 


xtvt mlm di Penang....Walaupun program berlangsung di Bayview Batu Feringgi tapi kami menginap di Bayview Hotel berdekatan Padang Kota .So mlm2 kami keluar jln kaki je pi makan2.


Sunday, July 4, 2010

pendaftaran pelajar baru & present projek KIK

Ahad 27 Jun kami bertugas untuk pendaftaran pelajar baru.Ramai betul sem ni..cecah 3000 student.




Rabu 30 Jun , present projek KIK untuk pengurusan BSMB sebelum kami bawa projek ini ke MPC di Pulau Pinang pada 12 & 13hb Julai. Pada 14 &15 pula akan di bentangkan di SUK Ipoh.
Mudah-mudahan dapat ke peringkat Kebangsaan sekali lagi ...aminn......










Thursday, June 17, 2010

Install software

Baru je habis install software Project (baru 1 lab je selesai) ngan Network agent utk antivirus.Pukul 10 td ke ofis jap utk try baju F1 yg akan dipakai Julai nnt dlm pertandingan yg kami sertai iaitu KIK Peringkat Negeri Perak dan ICC (MPC Wilayah Utara) di Penang.Insyaallah. Mana tau rezeki menang sekali lg mcm last year ke Peringkat Kebangsaan lagi tahun ini kita ye.



kerja hari ini.Syukur tetap maintain senyum....good boy!




Lin dok install SPSS 16 / aku install Project / Omar dok tolong kemas kini lab Syukur