Sunday, May 30, 2010

INFO 2(ICT)

INFO 1(ICT)

peralatan yg akan digunakan bila membuat kabel network

rj45

UTP kabel





Kabel standard ethernet:

Image


kabel bersilang ethernet:

Image


Gambar diatas adalah asas kabel cat5/cat5e untuk membuat wiring.Simbol warna digunakan utk menentukan halatuju isyarat yg digunakan didlm komunikasi antara peranti/komputer dlm sesebuah rangkaian.
Gambar kenangan ketika berkursus

 

v
v
v
v
v
v
v
v
terus ke pameran jasamu dikenang.


 

Tuesday, May 25, 2010

kursus Rangkaian(first day)

Hari ni kursus Rangkaian (Network).
Ni kali kedua or ke 3 aku join kursus ni...dulu tak silap kursus zon Utara di UiTM Perlis.Dah byk kali gak buat kabel network ni sampai sakit ujung2 jari.Kali ni berjaya ke???heheheh...

jom la layan gambar dulu....


bape kali daaaa nak buat benda ni.....berjaya ke tu???


bergambar mmg no.1




eksyen je tuuuuuu....



kursus akan bersambung esok.





Thursday, May 20, 2010

bdayboy otai JTKK Hj.Maznun

Ofis petang semalam we all celebrate bday otai JTKK kami Tn.Hj.Maznun.Tanpa di rancang sebenarnya.Pagi tu masing2 dok lepak opis,bos2 plak sume bercuti, kursus dll.Buat la collection skit utk sambut bday boy ni.Afif gi beli kek...ingatkan beli kek kat area Seri Iskandar ni je...rupanye terlepas mamat ni sampai ke Hotel Syuen Ipoh tu....Apapun hepi bday ye Aji.

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki hendaknya.


bday boy 47


bday boy tak tengok kamera langsung....teruja sangat la tu kan.

Wednesday, May 19, 2010

Last day Kuantan & kopok lekur Terengganu



awek2 cun BSMB Perak ngehngehngeh...meh sengih la wei

  
Atas tu BSMB Perak.Bawah plak geng Melaka

nyayian lagu Negaraku dan UiTM diHatiku


ni semua kenal kan


Tengok tu pegi Terengganu ko....lenguh2 satu badan sementara nak sampai Perak.

                                                  

Semoga berjumpa lg di lain persidangan
 

Tuesday, May 18, 2010

meeting


teh o cicah biskut ni pun sedappppp.Timacih kak ida bancuh teh o sedap ni.





Semalam pukul 3 pm meeting bersama Koordinator ICT .Antara agenda yg dibangkitkan ialah :



Persiapan bg kursus Network pada 25 Mei minggu hadapan.

Koordinator mencadangkan Zainal menjadi Fasi bg Kursus Karpersky yg mana akan diadakan pada awal Jun.

Out Door pula : Aktiviti ke Taman Negara Pahang.Cadangan adalah pada pertengahan Jun.Jadi atau tak kertas kerja kena siapkan gak.Samada Jun@Disember2010 or Jun 2011 mana yg sempat .

KIK tak lama lagi, group kami bercadang untuk berjumpa En.Ehsan sebelum konvensyen peringkat negeri Perak di SUK pada Julai nnt.Boleh ke menang lg ni? Last year dah sampai peringkat Kebangsaan huhuhu. Edi ,aku dah lama sgt jd presenter...takleh ke tukar org lain plak???

persidangan JTK & OMPD UiTM SE MALAYSIA 2010

pewiiittttttt.....

13 hingga 15 Mei baru ni ke Bkt Gambang Resort Kuantan Pahang.Konferensi JTK & OMPD UiTM SE Malaysia.

Sesi Dialog Dengan Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar (kredit to my fren ZAINAL)



Di dalam sesi ini banyak isu yang telah diketengahkan oleh para peserta seperti mengenai sahsiah diri pelajar, kemudahan insurans untuk juruteknik, kemasukan pelajar dan banyak lagi. Namun begitu apa yang menarik perhatian saya adalah mengenai 3 perkara sahaja iaitu

1. Biasiswa untuk staf kumpulan sokonganDato' VC sendiri telah menegaskan bahawa kemudahan biasiswa memang diperuntukkan untuk staf sokongan, namun begitu jumlah biasiswa ini adalah terhad. Seseorang staf itu mungkin perlumemenuhi syarat yang ditetapkan sebelum layak menerima biasiswa tersebut.

2. Pelepasan yuran belajarPelepasan yuran belajar ini mungkin sehingga 100%. Namun begitu ia juga tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dan salah satu syarat tersebut (tak silap saya) adalah seseorang staf yang

sambung belajar perlu tunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam keputusan peperiksaannya dalam semester 1.3. Pengwujudan program PJJ Isu ini dibangkitkan oleh kita sendiri di mana kita meminta dato' VC untuk mewujudkan program Masters in IT (CS770) secara PJJ. Kerana setakat ini, kebanyakan

program Masters dibuat secara Luar Kampus (PLK). Kita amat berharap semoga lebih banyak lagi program-program peringkat Masters dibuat secara PJJ. Selain itu, kita juga telah meminta

Dato' VC untuk mewujudkan program di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara PJJ di kampus negeri terutamanya di UiTM Perak.

Di dalam kebanyakan isu yang dibangkitkan, kita mendapati ketiga-tiga isu yang disebutkan di atas mendapat reaksi yang agak positif dari Dato' VC. Kita amatlah berharap semoga isu-isu ini terutamanya isu ke-2 dan ke-3 dapat menjadi kenyataan dalam sedikit masa lagi. Sama-samalah kita berdoa demi masa depan kita dan perjalanan karier kita yang lebih gemilang.

Taklimat Pengarah PSMB

1. Pengarah meminta staf ICT supaya membuat transformasi cara kerja kepada yang lebih baik. Beliau juga meminta kita lebih proaktif dan sentiasa menilai diri sendiri terlebih dahulu sebelum cuba menyalahkan orang lain.2. Teknologi video conferencing amatlah diberi penekanan oleh Pengarah kerana ia menjadi fokus utama Dato' VC setakat ini. Namun begitu untuk merealisasikan teknologi ini, kita kekurangan budget.3. Pengarah juga ada menyebut mengenai peluang kenaikan pangkat staf ICT. Salah satu syarat untuk kenaikan pangkat adalah, staf ICT perlu mempunyai professional certification, mungkin, sptCCNA, MCSE, A+ Comptia Certification dan mungkin juga MITPE bagi skim jawatan PTM. Setakat ini, syarat seperti ini telah direalisasikan pada peringkat jawatan Pegawai Terknologi Maklumat.

Di peringkat bawahan, akan menyusul tak lama lagi.

4. Kualiti network telah dipertingkatkan dari IPVPN kepada Metro-E dan kini Metro-E sedang dalam proses ujilari.

Ucapan resolusi penutup oleh Pengarah PSMB



1. Pengarah ada membangkitkan mengenai isu pembangunan sistem di kampus negeri. PSMB tiada masalah dan membenarkan kampus negeri membangunkan sistem maklumat mereka sendiri. Namun begitu sistem tersebut mestilah tiada link dengan sistem-sistem utama seperti FAIS, STARS dan ISIS. Ini bermakna sebarang akses kepada data-data di dalam sistem utama

adalah tidak dibenarkan dan sistem yang dibangunkan oleh kampus negeri adalah untuk kegunaan sendiri semata-mata.

2. Sekali lagi pengarah menjelaskan mengenai perlunya transformasi cara kerja kepada yang lebih baik dan mengenai syarat kenaikan pangkat staf ICT.

sebahagian geng perak..yg lain2 mana ek..lembab tul lerr


ni geng bengkel...mcm bagus je sampai dok bersila kan heheheh
 
paling hensem aku la kan...kan...

ni geng bengkel...meeda pakai spec kampus induk,aini puncak alam, su kedah & aku. sorg lg Ros mana pi ntah dia ni.

blog lama hancusss leburrrr

sedih blog lama sume hancusssss tak sempat nak backup dowh !