Tuesday, May 18, 2010

persidangan JTK & OMPD UiTM SE MALAYSIA 2010

pewiiittttttt.....

13 hingga 15 Mei baru ni ke Bkt Gambang Resort Kuantan Pahang.Konferensi JTK & OMPD UiTM SE Malaysia.

Sesi Dialog Dengan Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar (kredit to my fren ZAINAL)



Di dalam sesi ini banyak isu yang telah diketengahkan oleh para peserta seperti mengenai sahsiah diri pelajar, kemudahan insurans untuk juruteknik, kemasukan pelajar dan banyak lagi. Namun begitu apa yang menarik perhatian saya adalah mengenai 3 perkara sahaja iaitu

1. Biasiswa untuk staf kumpulan sokonganDato' VC sendiri telah menegaskan bahawa kemudahan biasiswa memang diperuntukkan untuk staf sokongan, namun begitu jumlah biasiswa ini adalah terhad. Seseorang staf itu mungkin perlumemenuhi syarat yang ditetapkan sebelum layak menerima biasiswa tersebut.

2. Pelepasan yuran belajarPelepasan yuran belajar ini mungkin sehingga 100%. Namun begitu ia juga tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dan salah satu syarat tersebut (tak silap saya) adalah seseorang staf yang

sambung belajar perlu tunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam keputusan peperiksaannya dalam semester 1.3. Pengwujudan program PJJ Isu ini dibangkitkan oleh kita sendiri di mana kita meminta dato' VC untuk mewujudkan program Masters in IT (CS770) secara PJJ. Kerana setakat ini, kebanyakan

program Masters dibuat secara Luar Kampus (PLK). Kita amat berharap semoga lebih banyak lagi program-program peringkat Masters dibuat secara PJJ. Selain itu, kita juga telah meminta

Dato' VC untuk mewujudkan program di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara PJJ di kampus negeri terutamanya di UiTM Perak.

Di dalam kebanyakan isu yang dibangkitkan, kita mendapati ketiga-tiga isu yang disebutkan di atas mendapat reaksi yang agak positif dari Dato' VC. Kita amatlah berharap semoga isu-isu ini terutamanya isu ke-2 dan ke-3 dapat menjadi kenyataan dalam sedikit masa lagi. Sama-samalah kita berdoa demi masa depan kita dan perjalanan karier kita yang lebih gemilang.

Taklimat Pengarah PSMB

1. Pengarah meminta staf ICT supaya membuat transformasi cara kerja kepada yang lebih baik. Beliau juga meminta kita lebih proaktif dan sentiasa menilai diri sendiri terlebih dahulu sebelum cuba menyalahkan orang lain.2. Teknologi video conferencing amatlah diberi penekanan oleh Pengarah kerana ia menjadi fokus utama Dato' VC setakat ini. Namun begitu untuk merealisasikan teknologi ini, kita kekurangan budget.3. Pengarah juga ada menyebut mengenai peluang kenaikan pangkat staf ICT. Salah satu syarat untuk kenaikan pangkat adalah, staf ICT perlu mempunyai professional certification, mungkin, sptCCNA, MCSE, A+ Comptia Certification dan mungkin juga MITPE bagi skim jawatan PTM. Setakat ini, syarat seperti ini telah direalisasikan pada peringkat jawatan Pegawai Terknologi Maklumat.

Di peringkat bawahan, akan menyusul tak lama lagi.

4. Kualiti network telah dipertingkatkan dari IPVPN kepada Metro-E dan kini Metro-E sedang dalam proses ujilari.

Ucapan resolusi penutup oleh Pengarah PSMB



1. Pengarah ada membangkitkan mengenai isu pembangunan sistem di kampus negeri. PSMB tiada masalah dan membenarkan kampus negeri membangunkan sistem maklumat mereka sendiri. Namun begitu sistem tersebut mestilah tiada link dengan sistem-sistem utama seperti FAIS, STARS dan ISIS. Ini bermakna sebarang akses kepada data-data di dalam sistem utama

adalah tidak dibenarkan dan sistem yang dibangunkan oleh kampus negeri adalah untuk kegunaan sendiri semata-mata.

2. Sekali lagi pengarah menjelaskan mengenai perlunya transformasi cara kerja kepada yang lebih baik dan mengenai syarat kenaikan pangkat staf ICT.

sebahagian geng perak..yg lain2 mana ek..lembab tul lerr


ni geng bengkel...mcm bagus je sampai dok bersila kan heheheh
 
paling hensem aku la kan...kan...

ni geng bengkel...meeda pakai spec kampus induk,aini puncak alam, su kedah & aku. sorg lg Ros mana pi ntah dia ni.